Monday, March 05, 2007
Memasang Perisian Antivirus AVG Free

Antivirus merupakan satu perisian yang betindak mengesan virus dalam sistem PC dan seterusnya cuba untuk membersihkan PC anda dari virus – sama ada dengan cara memadam fail yang 'dijangkiti' atau cuba ‘membersihkan’ fail tersebut. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memantau PC dari cubaan serangan virus. Dalam tutorial ini, anda akan ditunjukkan cara memasang dan menggunakan perisian antivirus percuma AVG Free Antivirus (Version 7.5 ). Pindah terima/download perisian antivirus AVG Free di pautan di bawah prd=avw">http://www.grisoft.com/doc/31/us/crp/0?prd=avw 2. Setelah selesai, buka fail yang dipindah terima tadi dan mula memasang/install perisian itu [NOTA: Untuk pengguna Internet Explorer, klik butang Open apabila download selesai]. 3. Setelah selesai memasang AVG Free, lancarkan program itu. (Start > All Programs > AVG Free Edition > AVG Free Edition for Windows) 4. Jika anda memasangnya buat pertama kali, maka anda satu wizard akan dipaparkan. Anda boleh memilih untuk meneruskan wizard itu (untuk update perisian dan sebagainya) Jika anda tidak pasti apa yang anda perlu lakukan. Anda boleh menekan butang Cancel. Mengkonfigurasi dan menggunakan antivirus AVG Free secara efektif pada PC anda Sebaik melancarkan AVG Free Edition for Windows, anda akan dapat melihat paparan antaramuka seperti di bawah: 1. Pastikan anda melakukan kemas kini/update dari semasa ke sama – sekurang-kurangnya seminggu sekali. Anda memerlukan sambungan internet untuk Update. 2. Imbas komputer anda dari semasa ke semasa, seelok-eloknya sehari sekali terutamanya selepas menggunakan internet. Klik pada butang Scan Computer untuk melaksanakan imbasan virus ke seluruh komputer.

Posted at 12:35 pm by saifulfaizan
Make a comment  




Monday, February 05, 2007
Pemasangan Webserver di Windows - Bahagian 1: Memasang Apache 2.2.

Tutorial ini akan mebimbing anda untuk memasang Apache Webserver 2.2 di Microsoft Windows XP (Nota: Apache 2.2 mungkin tidak dapat beroperasi pada OS Windows versi sebelum Windows XP) Pindah terima Apache 2.2 terkini pada pautan di bawah: Download Apache 2.2 dari Apache Project Seterusnya, lancarkan perisian apache_2.0.59-win32-x86-no_ssl.msi yang dipindah terima sebentar tadi. Anda akan dibawa ke satu perisian InstallShield Wizard langkah demi langkah untuk setup. Teruskan wizard dengan mempersetujui license "I accept the..." sehinggalah anda dibawa ke konfigurasi seperti di bawah: Untuk ruangan Network Domain, isikan localhost Untuk ruangan Server Name, isikan localhost Untuk ruangan Administrator's Email address, isikan alamat email anda ... kemdian pilih Install Apache for All Users, on port 80... dan klik Next Untuk skrin seterusnya, anda boleh memilih Typical. Pilih Custom sekiranya anda ingin mengubah lokasi pemasangan server anda. Secara default server akan dipasang pada C:\Program Files\Apache Software Foundation\Apache2.2\htdocs. Anda boleh memilih untuk meletakkan di partition hard disk lain bagi tujuan keselamatan (hard disk failure). Kemudian, laksanakan Install sehingga anda selesai. PERHATIAN : Sekiranya anda memasang perisian firewall, anda mungkin perlu mengubah konfigurasi firewall membenarkan httpd.exe untuk bertindak sebagai server. Untuk Windows Firewall, anda hanya perlu "Unblock" httpd.exe ketika Windows Firewall prompt anda untuk tindakan selanjutnya.

Posted at 11:14 am by saifulfaizan
Make a comment  

PENCEROBOH RENDAH DIRI

MEREKA adalah individu pintar dengan tahap ingin tahu yang tinggi, suka menyendiri dan tiada minat untuk bersosial SEORANG penceroboh sistem rangkaian komputer atau hacker disifatkan sebagai individu yang memiliki sifat rendah diri, cenderung kepada diri sendiri tetapi pada masa yang sama memiliki kepintaran, tahap ingin tahu yang tinggi dan tidak berminat untuk bersosial serta pada masa yang sama anti-establishment. Penceroboh sistem rangkaian komputer juga adalah mereka yang memiliki kesombongan intelek (kerana merasa mereka lebih pintar berbanding orang lain), tidak sabar dan tergesa-gesa serta sukar untuk menjalinkan hubungan yang istimewa bersama orang lain. Ketua Pegawai Teknologi HighTower Software, Prof Dr Eugene Schultz, berkata berdasarkan pengamatan pakar sistem keselamatan sistem rangkaian komputer dan maklumat profil seorang penceroboh sistem rangkaian komputer adalah individu yang tidak bergaul dengan individu lain dan mereka terperangkap dalam alam ciptaan mereka sendiri. “Mereka adalah individu yang suka menyendiri, merasa hebat dengan kebolehan sendiri terutamanya jika mereka berjaya menceroboh masuk ke dalam sesuatu institusi ternama dan terkenal. Misalnya, ego mereka memuncak jika berjaya memecah masuk ke dalam sistem komputer Jabatan Pertahanan (Pentagon),” katanya di Kuala Lumpur, minggu lalu. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerjanya ‘Analisis Personaliti Penceroboh: Sifat Individu dan Motif’ pada persidangan dan pameran keselamatan e-Secure Malaysia 2005 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Schultz yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam sistem keselamatan komputer dan maklumat menegaskan, penceroboh sistem rangkaian komputer kini melakukan pekerjaan mereka berdasarkan pelbagai motif yang boleh disifatkan sebagai luas. “Kini sudah ada yang bertindak kerana dorongan keuntungan. Ini dilakukan oleh hacker profesional yang bekerja dengan pertubuhan jenayah terancang, mereka ini kebanyakannya datang dari negara Eropah Timur seperti Poland dan Estonia atau Russia. “Ada juga yang menawarkan perkhidmatan untuk pembersihan kredit (credit cleansing) terutamanya bagi individu yang disenaraihitamkan syarikat kewangan atau yang hendak diisytiharkan sebagai muflis. “Dengan bayaran sekitar RM20,000 mereka boleh mengupah hacker untuk membetulkan angka yang ada, seterusnya membersihkan nama mereka daripada disenarai hitam atau diisytihar sebagai muflis,” katanya. Beliau berkata, ada juga hacker yang menyerang kerana motif membalas dendam kepada individu atau institusi kerana sebab yang mereka sendiri mengetahui atau dilakukan negara tertentu untuk mendapatkan maklumat risikan mengenai aktiviti ekonomi atau aktiviti politik. “Secara umumnya ada dua jenis motif asas bagi penceroboh sistem rangkaian komputer iaitu untuk perkongsian maklumat dan memecah masuk hanya untuk suka-suka atau secara etika dengan syarat ia tidak mencuri maklumat atau melakukan sebarang jenayah,” katanya. Katanya, di samping penceroboh sistem rangkaian komputer yang dikira mempunyai motif atau berniat jahat masih ada yang melakukannya kerana profesion pekerjaan yang mana mereka adalah cracker profesional yang kerjanya menceroboh sistem rangkaian komputer untuk mencari kelemahan sesuatu organisasi. “Bezanya ialah mereka diberi keizinan dan kebenaran oleh syarikat untuk melakukan ujian pencerobohan (panetration testing) bagi mengenal pasti kelemahan dan memperbaiki kekurangan yang ada dalam sistem rangkaian komputer organisasi berkenaan,” jelasnya.

Posted at 11:09 am by saifulfaizan
Make a comment  




Wednesday, January 31, 2007
Akhirnya Windows Vista dilancarkan secara rasmi

Akhirnya Microsoft pada awal hari ini telah melancarkan Windows Vista setelah ditangguhkan sejak dua tahun lepas dari tarikh pelancaran yang dicadangkan. Windows Vista dianggapramai pakar sebagai sebuah sistem operasi yang menawarkan pengalaman seperti mengguna "Mac OS" Penangguhan ini telah dilakukan beberapa kali oleh Microsoft dengan alasan ia adalah sebuah perisian yang "terlalu kompleks". Akan tetapi kini ia didakwa sebagai sebuah sistem operasi yang mampu menawarkan servis berkaitan musik dan foto digital yang terbaik di dunia. Akan tetapi, pelancaran ini adalah disasarkan pada komuniti perniagaan bagi memujuk mereka untuk meningkatkan keupayaan rangakaian komputer perniagaan mereka. Vista boleh didapati untuk pengguna rumah pada 30 Januari. Ketua eksekutif Microsoft, Steve Ballmer mendakwa kini syarikatnya telah menawarkan suatu era "perubahan pada pengalaman pembangunan permainan komputer". Microsoft juga mendakwa bahawa Vista menawarkan teknologi 3D yang lebih baik, sekuriti yang dimantapkan, dan mampu menawarkan servis multimedia yang terbaik. Pengguna di rumahakan lebih suka untuk memiliki Vista berbanding komuniti perniagaan.


Posted at 07:14 am by saifulfaizan
Make a comment  




 

  • JanganPotongQ : Editor Arab
  • Al Quran Search
  • Muslim Web Assistant
    Free shoutbox @ ShoutMix







  •  
    << December 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31






     
    Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed